MDS WEEK

Anyeong ha sayur!!
Uish pakwe lambai2 lak. Malu la πŸ˜‰πŸ˜‰

This time i nak cerita pengalaman i pasal minggu destinasi siswa kalau tak silap la hahahaha sebab i selalu sebut mds je kehkehkeh. Kalau confident i silap, sila betulkan di bawah okey.

So this time, cerita i akan short and eshe eshe je sebab realitinya i tak berapa ingat dah apa yang kitorang buat time mds tu. Simply said, i akan cerita apa yang i ingat je lah.

So lepas pendaftaran yang barisan panjang mengalahkan saiz anakonda tu, kitorang semua dibagi-bagikan ke bilik masing-masing lah as i pernah cerita sebelum ini. So untuk warga sabby which is Tun Sabariah ni special sikit sebab kitorang dapat rumah which is dalam tu ada 4 bilik dan ada satu bilik air which dalam tu ada 3 bilik mandi termasuk dua tandas. Lepas i berkenalan dengan roomate i, kami berdua pun pergilah menyibuk ke bilik-bilik lain and since that, kitorang serumah pun form la satu bond antara kitorang ni hehehe. Acah je lebih.

Malam tu kitorang warga sabby ni kena kumpul kat court belakang kolej. Time tu berkenalan lah dengan kakak abang fesi sekalian. And then dia bagi kami jadual sepanjang mds. MDS kitorang 4 hari je sebab dia dah pendekkan. Kalau before ni, mds biasanya seminggu kalau i x silap.

So time perjumpaan tu, kakak abang fesi suruh kitorang semua untuk fikirkan satu cheers for our kolej la sebab dia cakap memang setiap kali MDS, setiap kolej akan sediakan satu cheers. Tapi benda tu of course tak settle just untuk satu malam and diorang bagi kitorang masa lebih. Malam tu juga dia ambil nama untuk setiap rumah and kena lantik ketua rumah and ketua aras. Then lepas tu, bersurai je. Malam tu semua tidur sebab penat.

Then pagi tu, kami dipisahkan by course sebab pendaftaran course dulu. I dapat pagi while my housemates yang business tu dapat petang. So nothing much la that day sebab cuma daftar je kan. Walaupun nampak simple, trust me a whole day is not so simple sebab i pagi dalam 7.30 pagi tapi siap petang, guys. Penat jangan cakap la. Sebab haritu juga lah dia settlekan pasal kad matrik la. Ambil gambar silap timing pulak tu. Orang dah penat, dia nak muka i nampak macam neelofa?Jawapan dia memang nampak badakla sebab muka dah berminyak dengan panas lagi. Haih dah lah muka tu la i nak kena tengok sampai sem kelima. Nak nangis pun belum masanya lagi. Sis redho :)

Then malam tu tak ada aktiviti kecuali dia suruh kumpul lagi kat court sebab nak cek attendace and then cek siapa sakit naik atas. heheh. Then dia tanya pasal cheers tapi tak ada siapa yang ingat pasal benda tu so dia suruh kami bincang dulu. Siapa ada idea sila keluar ke depan. I duduk je belakang duk intai abang fesi handsome 😝😝

In the end, kolej kitorang pun decide la cheers apa yang kitorang nak buat. Settle and semua naik bilik then tidur. Esok pagi tu kitorang ada program ceramah kat DTS rasanya. Ada yang best ada yang tak best macam biasa. Lepastu balik bilik rehat. Malam tu tak ada apa-apa pun.

Then tomorrow tu, kitorang pun dibagikan mengikut group course masing-masing. I dapat group 9 tapi i ikut kawan i masuk group 11 heheheh. Then kami dapat task kena pergi ronda-ronda campus pula. So pergila meronda. Penat tapi best je sebab dalam group i bersepah dengan budak sama negeri so i syok la sembang guna bahasa yang dirindukan heheh.

Then the next day pun sama. Then last day tu,kitorang kena merasmikan mds. Time tu sedih lah juga sebab mds tu macam penat sikit tapi seronok. Yang part rasa sedih tu bila kitorang semua kena sebut

"MDS CUT!"

Kira tu memang dah rasmi habislah. So apa yang aku nak summarize kan kat korang yang membaca ni, mds ni macam orientasi lah. Ada orientasi yang tak best tapi ada yang best. Apa yang penting, korang enjoy je benda tu. Kalau korang rasa "Benda tak best, macam mana nak enjoy?!" Ha, jangan baran dulu. lek.lek. Apa yang aku cuba sampaikan is cari lah apa yang boleh buatkan korang happy. Kalau korang rasa ponteng tu best, ponteng je lah HAHAHAH tapi jangan cari i sebab i cuma nasihatkan je.

Enjoy things and happiness will find you, okay?



That's all. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH AND ALSO FOLLOW MY ACCOUNT, BABES!

Comments

Popular Posts