INTERVIEW FOR MC111

ANYEONGHASAEYO!!
      After i dapat tawaran interview untuk course yang i apply which is MC111 or rather masscom je lah.Then i started to prepare for everything. Time tu i bukannya bersungguh sangat nak course tu tapi alang-alang dah sampai sini, kita cuba je lah sampai habis. Tapi time tu i actually dah dapat surat kemasukan ke KOLEJ MARA KULIM untuk course asasi sains. I tak pandai so susah nak dapat tawaran untuk sains tu tapi kalau you betul-betul nak, you boleh apply for kolej mara sebab dia punya kriteria untuk diterima masuk lebih senang.

Then that time, i actually agak teragak-agak sebab half of me nak pergi KMK and half lagi nak pergi interview untuk UITM tu. Time tu i macam piupiakpiupiak juga la dengan diri sendiri sama ada nak pilih benda tu ataupun tak, Then one night, i bersembang dengan kakak i pasal benda ini. Dia tanya i "Betul ke nak terima kolej mara tu? Are you really into science?"

Well, i got no answers. I hesitated untuk jawab "yes" or "no" sebab i sendiri pun macam tengah lawan diri i sendiri for that questions. Tapi memandangkan i dah dapat surat temuduga tu, i still prepared.

My kakak sepupu cakap prepare untuk semua benda. Course yang i nak ambil ni pasal media. So i sepatutnya tahu isu-isu semasa yang penting such as kapal terbang hilang tu ke. Ataupun apa yang jadi sekarang. Then i kena ingat nama-nama orang penting terutamanya menteri media and also orang atasan UITM. So i boleh cakap i prepare gila-gila juga lah malam tu sebab esoknya i kena pergi interview tu. I memang selalu buat kerja last minute and i okey je dengan itu. hehehehe 😏

Dalam surat yang i dapat tu, dia ada bagitahu kena bawa apa.

- kamus untuk rujukan
- alat tulis
- salinan surat beranak and also yang asal (me and parents)
-ic (me and my parents)
- sijil-sijil and sijil spm and tamat sekolah
- apa-apa kerja yang you pernah buat dulu (i pernah buat folio gambar so i bawa)

itu apa yang i ingatlah sebab benda dah lama so i ni pun nyanyuk sebenarnya. HERHERHER. Maklumlah baca quran malas. 🤣

So on that day, kitorang disuruh untuk berkumpul dalam satu kelas. I ni orang terengganu so i dapat tempat interview di UITM Dungun. Then tak lama lepastu, kitorang semua dipanggil untuk masuk ke dalam satu lagi kelas which is kelas lain for the first session iaitu sesi menulis. Semua orang ambil tempat masing-masing. I duduk row ketiga time tu but paling hujung. Kamus and pensil box letak hujung meja. Dia bagi satu kertas untuk setiap calon. On that paper, ada questions :

- name
- mc111 or mc1110
- why did you choose masscom?
- What will you contribute to the university?

Kalau tak silap lah HAHAHAHAHAH. Okay joke. So i pun start lah menulis. Dalam kelas tu dah macam exam. Ada dua orang interviewer yang ronda-ronda dalam kelas tu while kitorang semua sibuk menulis. I tak tahu apa-apa time mula-mula duduk,lepastu bila dapat je kertas, i terus isi nama and semua lah but then tiba-tiba dia bunyi "JANGAN TULIS APA-APA SELAGI TAK DAPAT ARAHAN".

Hambek kau! I pun terus letak pensil atas meja and terbalikkan kertas i sebab interviewers tu tengah ronda-ronda time tu. Kecut perut, siak! Tapi bukan i je yang buat macam tu. Almost semua yang dalam kelas tu dah start menulis sebenarnya 🤣🤣masing-masing benak je 🤣🤣

Then lepastu dia pun suruh la start menulis. I pun sambung je la balik en. Tiba-tiba! Ada sorang interviewer ni berhenti sebelah meja i. Dia tanya "Siapa yang benarkan awak bawa kamus masuk dalam ini?" Dengan suara nak marahnya.... I kecut perut dah time tu tapi jawab je lah. " Memang boleh bawa lah sebab dia ada tulis dalam surat." Ceh, acah berani en. Lepastu dia minta surat. I dah kalut cari tapi sebab kalut sangat, I tak jumpa padahal I silap tempat.

SURAT TU AKU LIPAT LETAK DALAM BEG JE SEBENARNYA :')
Thank goodnes lah sebab orang depan I yang tunjukkan surat tu kat interviewer tu. Lepastu dia angguk and blah. Orang lain pandang-pandang I pelik. Bukannya nak minta maaf, buat muka tak bersalah pula tu. Sesuka hati marah anak orang.

NASIHAT AKU : MAKE SURE KORANG CONFIRM BETUL-BETUL APA YANG BOLEH DIBAWA AND TAK BOLEH . JANGAN LUPA BUKTI, OKAY?

Then, habis sesi tu kitorang masuk kelas yang menunggu tadi. Since cuma ada dua orang interviewer sahaja, memang lama. I datang pukul 7 pagi tapi tengah hari baru boleh masuk. Time tu I dah doa panjang-panjang jangan kena dengan interviewer yang tak reti nak minta maaf tadi. Tup-tup,I dapat dengan yang handsome and baik. HEHEHE 😏😏

So i duduk depan dia. Tangan dah pegang lutut sebab gementar en. Badan lurus semacam je padahal kalau ikut hati, memang i dah bersandar je. Then dia pun tegur. Dia cakap "Relaxkan badan awak, Saya bukannya nak marah awak pun." Heheheh baik en kihkihkih. Aku pun terus relax.

First question :
Awak dah makan breakfast belum?

So aku jawab dah.

Second question : Awak makan apa pagi tadi?

Time tu aku dah "Huh?" tapi dalam hati je lah. Gila nak kuat. 😅 So aku jawab makan mee goreng je. Mak masak.

Third : Sedap tak?

Aku pun layankan je lah. Sedap, aku jawab. Time tu aku rasa macam tengah diinterview untuk jadi menantu je.🤣🤣

Keempat : Kenapa awak nak pilih course ni?

Me : Sebab kakak sepupu saya yang suruh ambil course ni. Dia cakap sebab saya ni suka tengok kartun and minat melukis, sapa patut try course ni.  (dengan gaya-gaya sekali sebab gabra)

Kelima : Okey. Then apa yang awak nak buat as sumbangan untuk universiti?

Me : Saya akan kenalkan course ni pada orang lain sebab saya tahu course ni still baru and tak ramai sangat yang tahu. Kalau saya dah berjaya, saya akan pastikan ramai yang akan ikut jejak saya.

Kelima : Okey, good (senyum). Then awak nak pergi mana kalau awak dapat course ni?

Time tu aku ingat yang kakak sepupu aku ada cakap yang course ni sekarang buka dengan rembau. UITM Rembau so dengan confidentnya, aku pun jawab rembau!

Dan dengan itu, maka berakhirlah sudah sesi temuduga aku. Menteri semua takde nya. Tapi maybe aku yang beruntung sebab tak kena soal banyak sangat. Apa lah nasib yang dapat interviewer yang garang tu KAHKAHKAH.


So aku punya dah habis. Korang yang tengah nervous tu, GOODLUCK! Nice sebab dapat share pengalaman aku kat sini. Harap yang lain pun do the best. Apa result aku, next blog aku akan bagitahu. hehehe. Banyakkan berdoa dan jangan stress. FIGHTING!!
#JANGANLUPATINGGALKANKOMENDIBAWAH...

Comments

  1. seronok ah dapat interview pakcik baik....gudluck for your classes and all of the challenges you may face in the near future....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts